Monday, March 26, 2007

Apa Dah Jadi Dengan Bola Sepak Malaysia?


Apa dah jadi dengan pasukan bola sepak Malaysia sekarang?Dari salah satu kuasa bola sepak terunggul di Asia di tahun 70'an,sekarang prestasi pasukan bola sepak terus menjunam.Malahan di peringkat Asean pun pasukan Malaysia berada dibelakang pasukan Thailand, Singapura, Vietnam dan yang lain- lain lagi.Pelbagai cara yang telah dilakukan untuk meningkatkan kembali prestasi pasukan Malaysia tetapi tetap tiada perubahan.Pelbagai alasan diberikan dan sikap menyalahkan antara satu sama lain umpama ' Bangau oh Bangau'.Siapa yang harus dipersalahkan apabila terjadinya perkara ini?Pihak FAM seharusnaya mencari jalan menyelesaikan perkara ini,bukan mencari pelbagai alasan.Kemana hilangnya semangat ' Malaysia Boleh ' dan ' Harimau Malaya '.Pasukan Malaysia sekarang seperti seekor harimau yang kehilangan taring.Dimanakah jalan penyelesaian yang paling mujarab dalam menyelesaikan perkara ini.

No comments: